BERITA TERKINI   Miskin tegar di Selangor telah dinoktahkan, perlu pemantauan berterusan untuk elak keciciran - PM Anwar |  Harga runcit diesel Semenanjung kekal, RON95 tanpa susbsidi dan RON97 masing-masing naik 10 dan 5 sen seliter bagi tempoh 30 April - 6 Mei - MOF | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah sedikit hari ini, didorong oleh langkah pengambilan untung sederhana walaupun konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran. 

Kontrak semerta bulan Jun 2025 menyusut kepada US$3,377.5 setiap auns troy berbanding US$3,387.10 pada Rabu, manakala Julai 2025 merosot kepada US$3,390.3 daripada US$3,395.60 sebelumnya. 

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 berkurang kepada US$3,406.4 setiap auns troy daripada US$3,415.50 semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 131 lot berbanding 61 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 159 kontrak daripada 88 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 18 Jun, 2025, harga emas fizikal berada pada US$3,391.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA