BERITA TERKINI   AEMM: Malaysia bantah tindakan pihak gunakan perdagangan sebagai senjata menekan negara tertentu terutama negara kecil - Mohamad | AEMM: ASEAN, EU gesa pihak terlibat konflik global segera kembali ke meja rundingan bagi tamatkan peperangan - Mohamad | Nestle (M) Bhd catat untung bersih lebih tinggi sebanyak RM205.1 juta pada suku pertama 2026 | Kemelut politik di Negeri Sembilan tidak jejas hubungan, pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan - Fahmi | Syarikat teknologi asing wajib sediakan latihan kepada bakat tempatan - PM Anwar | 

THETA, Agmo Bekerjasama Pacu Penggunaan AI Dalam Sektor Awam

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Theta Edge Bhd dan Agmo Holdings Bhd telah membentuk syarikat usaha sama (JVCO) untuk mempercepatkan pengkomersialan teknologi gangguan, termasuk kecerdasan buatan (AI) dengan tumpuan awal bagi memacu transformasi di sektor awam.

Theta dan Agmo melalui satu kenyataan hari ini berkata JVCO itu dibentuk antara anak syarikat Theta, Theta Technologies Sdn Bhd dan subsidiari milik penuh Agmo, Agmo Capital Sdn Bhd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Nuraslina Zainal Abidin berkata dengan menggabungkan kekuatan Agmo dalam pembangunan platform yang tangkas dengan kepakaran domain Theta, JVCO tersebut berada dalam kedudukan terbaik bagi memberikan impak yang bermakna di seluruh perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, perdagangan halal, logistik pintar dan sektor awam. 

"Kerjasama kami dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia adalah yang pertama dari banyak aplikasi dunia nyata, yang mana Al akan mengubah penyampaian perkhidmatan pada skala," katanya.

Sementara itu, CEO Agmo, Tan Aik Keong berkata melalui JV tersebut, Agmo berhasrat untuk membangunkan sistem masa depan dan data yang selamat yang mencerminkan keperluan sebenar pelanggan dalam sektor yang sedang mengalami kepesatan transformasi digital.

"Kerjasama ini menandakan peralihan strategik yang signifikan kepada Theta, bergerak melangkaui penyampaian sistem tradisional ke arah penyelesaian yang berskala, berpusatkan platform yang disokong oleh komponen AI yang boleh diguna semula dan reka bentuk yang mengoptimumkan kemampuan digital, manakala Agmo menyediakan kepakarannya termasuk rekod prestasi terbukti dalam menyampaikan penyelesaian digital yang berjaya," kata kenyataan itu.

JVCO akan mendapat akses kepada penyelesaian siap sedia Agmo termasuk chatbot AI generatif, platform perisian tengah e-invois, model bahasa besar setempat, sistem telekesihatan dan platform pengesahan berasaskan rantaian blok, yang direka bagi memberi manfaat kepada perusahaan yang besar pemula niaga.

Theta adalah penyedia transformasi digital Malaysia, manakala Agmo merupakan penyelesaian digital dan pakar pembangunan aplikasi.

-- BERNAMA