BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Ashgabat pada 8 malam (11 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan | Kerajaan Persekutuan luluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara - TPM Ahmad Zahid | PRN Johor: Chu Poh Yee calon DAP bagi kerusi DUN Mengkibol menggantikan penyandang Chew Chong Sin - Loke | Bekalan minyak: draf perjanjian dan prinsip kerjasama telah dipersetujui, hanya menunggu proses pemuktamadan & pemeteraian selepas lawatan teknikal terperinci - PM Anwar | Rusia beri jaminan bekalan minyak dan gas kepada Malaysia untuk jangka masa panjang - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, dengan konflik antara Israel dan Iran yang berterusan menyebabkan ketidaktentuan pasaran, terutamanya dalam sektor minyak dan tenaga.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata aliran menaik itu juga disokong oleh harga minyak sayuran China yang kukuh ketika sesi dagangan Asia.

Bagaimanapun, pasaran minyak sawit kekal secara keseluruhannya disokong oleh pengeluaran yang kekal tidak banyak berubah bulan ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kenaikan pasaran bagaimanapun dihadkan oleh beberapa faktor, termasuk ketiadaan niaga hadapan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago berikutan cuti sempena Juneteenth, minat belian yang merosot daripada negara pasaran eksport dan penurunan permintaan dari India.

Pada penutup dagangan, kontrak baharu bulan semerta Julai turun RM7 kepada RM4,078 satu tan, manakala Ogos 2025 kekal tidak berubah pada RM4,099 satu tan dan September 2025 naik RM4 kepada RM4,104 satu tan.

Oktober 2025 meningkat RM6 kepada RM4,099 satu tan, November 2025 naik RM10 kepada RM4,099 satu tan, dan Disember 2025 menambah RM13 kepada RM4,108 satu tan.

Jumlah dagangan turun kepada 42,836 lot daripada 67,036 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 232,713  kontrak daripada 233,309 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan meningkat RM30 kepada RM4,130 satu tan.

-- BERNAMA