BERITA TERKINI   Gegaran lemah dikesan di Segamat, Johor 6.13 pagi tadi, rakyat dinasihati jauhi struktur tidak kukuh dan patuh arahan berkuasa - MB Johor | Gegaran gempa bumi lemah dikesan di Segamat pada 6.13 pagi, rakyat dinasihati jauhi struktur tidak kukuh, patuh arahan pihak berkuasa - MB Onn Hafiz | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Merosot

Oleh Abdul Hamid A Rahman and K Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata pasaran turut terjejas oleh kemerosotan harga minyak mentah.

“Harga minyak turun mendadak dalam perdagangan Asia pada Jumaat selepas White House memberi isyarat bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hanya akan membuat keputusan mengenai menyertai perang Iran-Israel dalam masa dua minggu,” katanya kepada Bernama. 

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.90 peratus kepada US$77.35 setong.

Bagaimanapun, katanya penurunan niaga hadapan getah seterusnya dikekang oleh optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi tambahan China dan kebimbangan mengenai bekalan getah asli disebabkan cuaca tidak menentu di Thailand.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) berkurangan 6.5 sen kepada 703.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menurun 0.5 sen kepada 589.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA