Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2025 meningkat 7.0 mata kepada 1,515.5, Julai 2025 naik 6.5 mata kepada 1,512.5, September 2025 menokok 9.0 mata kepada 1,495.0 dan Disember 2025 menambah 8.5 mata kepada 1,498.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 26,889 lot daripada 17,020 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 67,714 kontrak daripada 55,359 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.15 peratus atau 2.32 mata kepada 1,514.29 daripada 1,516.61 pada Isnin.

-- BERNAMA