BERITA TERKINI   Anak syarikat Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok | Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | 

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.6 bilion daripada RM30.67 bilion pagi ini manakala kecairan dalam dana Islam merosot kepada RM20.8 bilion daripada RM23.26 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat menjalankan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.6 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM20.8 bilion, kedua-duanya bagi tempoh kematangan sehari. 

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 24 Jun 2025.

-- BERNAMA