BERITA TERKINI   Piala Malaysia: UM-Damansara United 0-2 Terengganu FC | Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong akan dilaksanakan kerajaan dengan tegas - PM Anwar | PM Anwar zahir penghargaan kepada petugas jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi kebanyakannya pada Rabu, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai.

Pada 9.25 pagi, Julai 2025 naik 5.5 mata kepada 1,548.50, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 7.0 mata kepada 1,547.0 dan 1,527.0, manakala Disember 2025 kekal tidak berubah pada 1,521.50.

Jumlah dagangan 1,209 lot, dengan kepentingan terbuka pada 34,256 kontrak.

FBM KLCI meningkat 8.02 mata kepada 1,549.55 selepas 25 minit dagangan, daripada 1,541.53 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA