BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, menyokong mata wang AS itu, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2125/2280 berbanding dolar US daripada 4.2195/2255 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal disokong dengan baik, disokong oleh komitmen kerajaan terhadap pembaharuan fiskal yang berterusan seperti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan rasionalisasi subsidi RON95.

"Kepentingan asing dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) juga agak positif," katanya kepada Bernama.

Mengenai prestasi dolar US, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.42 peratus kepada 97.18 mata kerana laporan pekerjaan terkini menunjukkan pasaran buruh AS berdaya tahan.

Beliau berkata ekonomi AS kelihatan berdaya tahan, menyebabkan jangkaan lebih rendah untuk penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

"Nota Perbendaharaan AS dua tahun itu menghasilkan 10 mata asas lebih tinggi kepada 3.88 peratus," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9098/9207 daripada 2.9333/9376, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7568/7780 daripada 5.7621/7703 dan melonjak berbanding euro kepada 4.9577/9759 daripada 4.9756/9827 semalam.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3057/3182 daripada 3.3146/3196, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9835/13.0421 daripada 13.0211/0457 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.52 daripada 7.50/7.51.

Bagaimanapun, ia tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 260.0/261.1 daripada 260.5/261.0 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA