BERITA TERKINI   Letusan Gunung Dukono: Tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat - Kedutaan Malaysia di Jakarta | Enam perubahan penempatan, pelantikan baharu babit pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa 11 Mei - KSN | Kerajaan pastikan bekalan minyak dan diesel lebih teratur lepas langkah proaktif bersama Petronas - PM Anwar | Operasi pembenihan awan akan dijalankan di Kedah dan Perlis pada 10-12 Mei serta 17-19 Mei - Arthur | 20 pendaki terkandas susulan letusan Gunung Dukono di Indonesia, operasi pemindahan sedang dijalankan - Basarnas | 

Saham Kelington Melonjak Susulan MoU Dengan Petronas CCS

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Harga saham Kelington Group Bhd meningkat pada sesi dagangan awal hari ini, berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) dengan Petronas CCS Solutions Sdn Bhd bagi meneroka dalam teknologi berkaitan pemerangkapan karbon.

Setakat 9.53 pagi, saham syarikat itu menokok 4.0 sen kepada RM3.84 dengan sebanyak 418,600 unit saham bertukar tangan.

Dalam kenyataan semalam, Kelington berkata kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada kajian kebolehlaksanaan, memanfaatkan kepakaran anak syarikatnya, Ace Gases Marketing Sdn Bhd dalam logistik karbon dioksida dan operasi kemudahan.

“MoU ini akan berkuat kuasa selama setahun dengan pilihan lanjutan setahun lagi, tertakluk kepada persetujuan bersama. Fokus utama adalah mengenal pasti sinergi dan peluang dalam pengurusan pelepasan karbon.

"Kajian yang dijalankan dijangka memberikan gambaran menyeluruh mengenai potensi komersial dan teknikal bagi membangunkan tawaran nilai bersama, khususnya dalam aspek pengangkutan pelepasan karbon," katanya.

Selain itu, ia berkata kajian tersebut berpotensi mewujudkan peluang kepada projek dan kerjasama baharu antara kedua-dua pihak pada masa depan, sekali gus menyumbang kepada penyelesaian karbon yang lebih mampan dan inovatif.

-- BERNAMA