BERITA TERKINI   Projek Fibre-to-the-Home di Rumah Keluarga Angkatan Tentera catat kemajuan positif, sebahagian siap lebih awal daripada jadual - Fahmi | Krisis Bekalan Global: Jaminan bekalan keperluan asas sentiasa mencukupi antara tiga strategi utama lindungi rakyat - TPM Fadillah | Krisis bekalan global: Kerajaan ambil tindakan awal pastikan rakyat kekal dilindungi dalam menghadapi gelombang kedua - TPM Fadillah | Dunia memasuki gelombang kedua krisis bekalan global, iaitu gangguan bekalan barangan berasaskan minyak dan gas - TPM Fadillah | Siri Ops Tiris berjaya catat nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM263.41 juta menerusi 6,773 kes sehingga 23 April -- KP KPDN | 

Malaysia Terus Terajui Infrastruktur Digital Di Peringkat Serantau - BMI

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Unit Fitch Solutions, BMI menjangkakan Malaysia akan mengekalkan penerajunya sebagai hab untuk pelaburan infrastruktur digital di Asia Tenggara dengan Johor kekal sebagai destinasi utama untuk pelaburan pusat data.

BMI dalam satu kenyataan semalam berkata pelaburan itu didorong oleh zon ekonomi Singapura (SEZ) baharu, berkemungkinan membawa kepada lebih banyak taman perindustrian diperkenalkan dan lebih banyak kawasan disediakan untuk pembelian bagi membangunkan pusat data baharu.

"Anggaran kami menunjukkan lebih 3.2 gigawatt (GW) kapasiti terancang memasuki pasaran Malaysia diikuti Indonesia dengan 1.8GW dan Filipina pula ketinggalan dengan ketara dengan hanya di bawah 180 megawatt (MW)," katanya.

Kenyataan itu berkata Alibaba Cloud akan meningkatkan kehadirannya di Asia Tenggara dengan pusat data sedang dirancang di Malaysia dan Filipina, ia juga dijangka menyokong ekonomi digital rantau ini yang berkembang pesat dan memacu penggunaan perkhidmatan terknologi awan dalam kalangan perniagaan tempatan.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata Malaysia kekal sebagai destinasi popular untuk pelaburan infrastruktur digital dengan permintaan terus beralih dari Singapura.

Sementara itu, BMI dalam satu kenyataan berasingan berkata walaupun tarif tenaga baharu mungkin membawa kepada cabaran jangka pendek untuk projek pusat data di Malaysia, kedudukan dominannya di Asia Tenggara yang sedang pesat membangun tidak mungkin berubah secara mendadak kerana permintaan untuk pengkomputeran awan kekal kukuh.

"Sesetengah platform pusat data Malaysia akan melihat untuk menangani permintaan daripada penggunaan berkaitan bukan kecerdasan buatan (AI) atau kes penggunaan AI yang berpotensi kurang intensif, untuk memintas tarif.

"Perkembangan ini dijangka mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu dan pelaburan dalam kemampanan," katanya.

Kenyataan itu berkata penggunaan sumber tenaga boleh baharu adalah satu keperluan kerana kuasa terus menjadi isu utama bagi banyak pasaran.

-- BERNAMA