BERITA TERKINI   Krisis tenaga global: 55 penerbangan mingguan libat enam syarikat penerbangan dibatalkan bagi tempoh 23 hingga 28 Mac - Akmal Nasrullah | Krisis tenaga global: Pergerakan pengangkutan laut, darat masih relatif stabil namun sektor penerbangan, pelancongan mula tunjuk tanda tekanan - Akmal Nasrullah | Krisis tenaga global: Kerajaan fokus jamin bekalan asas, bendung kesan kenaikan harga ikut kemampuan fiskal - Akmal Nasrullah | Krisis tenaga global bukan hanya isu minyak tapi isu kos sara hidup, daya tahan rantaian bekalan, keselamatan ekonomi negara - Akmal Nasrullah | Kerajaan setuju memudahcara pembelian diesel bagi kegunaan selain kenderaan, syarat keperluan permit khas pembelian diesel lebih 20 liter dilonggarkan - MOF | 

Maybank IB Jangka BNM Turunkan OPR 25 Mata Asas

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada Rabu ini.

Menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini, walaupun data ekonomi semasa masih belum melepasi nilai ambang untuk penurunan, petunjuk awal momentum pertumbuhan yang lembap dan tekanan luaran yang meningkat mewajarkan langkah awal berikutan impak dasar dapat dilihat selepas tempoh tertentu.

“Kenyataan mesyuarat MPC pada Mei yang cenderung untuk menurunkan kadar telah membuka ruang kepada pelonggaran dasar oleh BNM. Dari aspek pengurusan risiko, kami percaya risiko melaksanakan penurunan terlalu lewat adalah lebih besar berbanding terlalu awal,” katanya.

Menurut Maybank IB, bon ringgit diniagakan tinggi minggu lepas, dengan keluk hasil antara mendatar dan tiga mata asas lebih rendah.

Sementara itu, bon tempatan ASEAN mengekalkan kenaikannya walaupun terdapat jualan dalam pelaburan selamat United Kingdom dan tekanan pasca data senarai gaji bukan ladang ke atas Perbendaharaan Amerika Syarikat.

-- BERNAMA