BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Malaysia Dukung Kepentingan Negara Dalam Penglibatan Multilateral - MITI

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Penglibatan Malaysia dengan mana-mana platform multilateral tertumpu kepada pemudahan perdagangan dan pembangunan mampan, berlandaskan kepentingan negara dan bukannya penjajaran ideologi, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kementerian itu menegaskan Malaysia akan mengekalkan dasar luar dan dasar ekonomi yang bebas.

“Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai antara rakan ekonomi utama Malaysia, bukan sahaja melalui perdagangan malah juga menerusi pelaburan Amerika yang bernilai berbilion dolar yang telah bertapak di Malaysia selama lebih 50 tahun,” tambah MITI.

Kenyataan MITI itu sebagai mengulas laporan mengenai amaran Presiden AS Donald Trump bahawa negara yang bersekutu dengan dasar “Anti-Amerika” BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus.

Pemimpin negara-negara kumpulan BRICS kini berhimpun di Brazil untuk sidang kemuncak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Brazil pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva.

Brazil ialah destinasi terakhir beliau dalam siri lawatan kerja ke tiga negara -- Itali, Perancis dan Brazil -- dari 1 hingga 7 Julai.

-- BERNAMA