BERITA TERKINI   PPP kini diiktiraf sebagai sebuah parti komponen BN - Ahmad Zahid | Serpihan dipercayai milik pesawat peronda yang hilang ditemukan oleh pasukan darat - Pasukan SAR Makassar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Pada penutup, kontrak bulan semasa Julai 2025, September 2025 dan Disember 2025, masing-masing meningkat 2.0 mata kepada 1,534.50, 1,513.50 dan 1,512.0. Ogos 2025 naik 1.5 mata kepada 1,531.50.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,171 lot daripada 6,651 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka merosot kepada 37,565 kontrak daripada 38,018 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.40 mata atau 0.48 peratus kepada 1,530.14 daripada 1,537.54 pada Isnin.

-- BERNAMA