BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Kontrak Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam julat kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks penanda aras itu dijangka didagangkan antara 1,530 hingga 1,560 mata pada minggu depan.

Beliau berkata indeks itu telah melepasi paras 1,530, menandakan titik perubahan teknikal.

“Selagi indeks kekal di atas paras ini, potensi kenaikan ke arah 1,550 hingga 1,570 adalah berkemungkinan,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan mingguan, kontrak Julai 2025, Ogos 2025 dan September 2025 masing-masing susut 17.5 mata kepada 1,532.0; 1,530.0 dan 1,511.0 manakala kontrak Disember 2025 merosot 17.0 mata kepada 1,510.5.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 28,804 lot daripada 34,314 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 40,748 kontrak daripada 34,783 kontrak.

FBM KLCI menamatkan dagangan minggu ini dengan prestasi rendah, susut 14.12 mata kepada 1,536.07 daripada 1,550.19 ketika ditutup minggu lepas.

-- BERNAMA