BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dibentang sebelum akhir tahun - PM Anwar | Memerangi rasuah perlukan keberanian, integriti dan penyertaan aktif setiap lapisan masyarakat - PM Anwar  | Satu pengumuman dijangka dibuat esok bagi menangani kebimbangan mengenai kehakiman dan menegaskan semula inisiatif reformasi kerajaan MADANI - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Pada 9.46 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing susut 4.5 mata kepada 1,528.50 dan 1,526.00 manakala kontrak September 2025 dan Disember 2025 turun 5.5 mata kepada 1,506.50 dan 1,506.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,280 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 36,583 kontrak.

Selepas 50 minit dagangan dijalankan, FBM KLCI turun 4.37 mata kepada 1,533.14 berbanding penutupan semalam pada 1,537.51.

-- BERNAMA