Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada 9.35 pagi, kontrak bulan semasa Julai 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,525.50, Ogos 2025, September 2025 dan Disember 2025, masing-masing naik 4.0 mata kepada 1,523.0, 1,506.0 dan 1,507.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,076 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,498 kontrak.

Pada 9.39 pagi, FBM KLCI naik 8.19 mata kepada 1,529.13 daripada 1,520.94 pada Khamis.

-- BERNAMA