BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI tegas pastikan kepentingan semua kaum terjamin - PM Anwar | Kerjasama rakyat berbilang kaum di negara ini buahkan hasil, Malaysia berjaya catat kemajuan membanggakan - PM Anwar  | Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar | Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di Kuantan pagi ini - Polis | 

Felda Lantik Semula Ahmad Shabery Cheek Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melantik semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi.

Dalam kenyataan pada Isnin, FELDA menjelaskan pihak pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA menyambut baik pelantikan semula itu.

“FELDA yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi Ahmad Shabery Cheek akan terus membawa FELDA melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia MADANI,” tambahnya.

Sementara itu, Ahmad Shabery menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui FELDA.

Ahmad Shabery sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Julai, 2023, sebelum kontraknya tamat pada 30 Jun, 2025.

-- BERNAMA