BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Harga Minyak Lemah, Ringgit Mengukuh Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan hari ini, diasak kelemahan harga minyak mentah selain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata penurunan itu turut memaparkan ketidaktentuan berhubung potensi tarif AS serta konflik berterusan di Timur Tengah.

“Bagaimanapun, kerugian itu dikekang oleh sentimen optimis daripada rundingan perdagangan AS-China serta tanda-tanda rangsangan ekonomi China yang ketara,” katanya kepada Bernama.

Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut 0.38 peratus kepada US$68.96 setong.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 susut setengah sen kepada 735.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 2.0 sen kepada 569.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA