BERITA TERKINI   Perdagangan barangan dua hala ASEAN-EU berjumlah US$292.8 bilion pada 2024, aliran masuk FDI dari EU ke ASEAN berjumlah US$20 bilion pada tahun yang sama - kenyataan bersama | Program Perdagangan dan Pelaburan ASEAN-EU akan mengukuhkan lagi perkongsian ekonomi strategik - kenyataan bersama | Malaysia menanti kehadiran Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini, perkukuh kerjasama, kestabilan serantau - PM Anwar | Malaysia selaku Pengerusi ASEAN terus main peranan proaktif pastikan keamanan serantau, khususnya isu Kemboja-Thailand - PM Anwar | Amerika Syarikat iktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata Thailand-Kemboja, pamer keteguhan ASEAN - PM Anwar | 

Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada US$120.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Paras rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.9 bilion setakat 15 Julai, 2025, berbanding US$120.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Jun, 2025.

Menerusi kenyataannya hari ini, BNM berkata angka itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ini adalah rizab pertukaran asing (US$107.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) serta aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM613.13 bilion yang merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM511.37 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.62 bilion), deposit institusi kewangan (RM6.25 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion) serta aset-aset lain (RM50 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti sebanyak RM613.13 bilion yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.10 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM125.16 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM9.90 bilion), deposit lain (RM75.19 bilion), kertas Bank Negara (RM10.08 bilion), peruntukan SDR (RM27.78 bilion) dan liabiliti lain (RM2.84 bilion).

-- BERNAMA