BERITA TERKINI   Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama, bersetuju dengan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat berkuat kuasa dari pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai, 2025. - PM Anwar | Thailand, Kemboja setuju untuk gencatan senjata - PM Anwar | Mesyuarat khas bagi memastikan gencatan senjata di sempadan Kemboja-Thailand bermula di Putrajaya | Pemangku PM Thailand Phumtham Wechayachai tiba di Malaysia untuk pertemuan khas bincang pertikaian sempadan dengan Kemboja - NBT | Bantuan Musim Tengkujuh diteruskan tahun ini - TPM Ahmad Zahid | 

Paydibs Peroleh Akses Langsung Sistem FPX Daripada PayNet

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Paydibs, penyedia pembayaran digital tempatan kini secara rasmi dilantik sebagai pemeroleh pihak ketiga langsung bagi sistem pertukaran proses kewangan (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sekali gus menjadikannya antara10 pemeroleh bukan bank yang dihubungkan terus dengan infrastruktur FPX PayNet.

Dalam satu kenyataan, Paydibs berkata akses langsung ini membolehkan syarikat itu memproses transaksi FPX secara kendiri tanpa keperluan perantara, sekali gus menawarkan faedah seperti penyelesaian pembayaran yang lebih pantas, kecekapan kos yang lebih baik serta kawalan lebih besar kepada peniaga di seluruh negara.

Ketua Pegawai Komersial Paydibs Tee Kean Kang berkata hubungan terus dengan PayNet mengukuhkan lagi kedudukan syarikat sebagai penyedia penyelesaian yang berfokus kepada peniaga, dengan menawarkan pengalaman pembayaran yang telus dan lancar selaras dengan pertumbuhan pesat ekonomi digital negara.

Perkembangan ini turut melengkapi inisiatif strategik semasa termasuk pelancaran Paydibs NEO, terminal pembayaran serba guna pertama di Malaysia yang menggabungkan ciri kod QR, kad, beli sekarang bayar kemudian (BNPL) dan soundbox dalam satu peranti untuk urus niaga fizikal yang lebih lancar.

Peranannya sebagai Rakan Digital di bawah Geran Digital PKS BSN MADANI membolehkan perniagaan yang layak menerima penyelesaian pembayaran digital pada kadar subsidi, menyokong agenda kerajaan dalam perluasan pendigitalan dan keterangkuman kewangan, katanya.

Melangkah ke hadapan, syarikat merancang untuk memperkenal kemudahan pembiayaan terbina (embedded financing) serta memperkukuh integrasi dengan infrastruktur pembayaran negara bagi menyokong kesinambungan perniagaan, kecekapan operasi dan pertumbuhan jangka panjang.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://paydibs.com.

-- BERNAMA