BERITA TERKINI   Proses rundingan pembayaran 40 peratus hasil Sabah telah dimulakan, komitmen dimuktamadkan dalam tempoh 180 hari - Fahmi | Ketua Pesuruhjaya SPRM akan bertemu dengan Menteri Pertahanan berhubung isu perolehan ATM pada Rabu depan | Kertas siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat - Azam Baki | Pasangan suami isteri ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman, Sarawak, awal pagi tadi dengan kesan kecederaan serius di bahagian tubuh - Polis | Bekas Panglima Tentera Darat yang direman sebelum ini telah dibebaskan pada 12 Jan lepas - Azam Baki | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat yang menyebabkan emas menjadi lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Hal ini sekali gus mengurangkan permintaan dan menekan harga.

Sewaktu penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 susut kepada US$3,340.10 setiap auns troy daripada US$3,350.00 pada Jumaat lepas.

Kontrak Ogos 2025 turun kepada US$3,358.30 setiap auns troy daripada US$3,367.40 setiap auns troy manakala kontrak September 2025 merosot kepada US$3,364.20 setiap auns troy daripada US$3,373.30 setiap auns troy.

Kontrak Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$3,394.30 setiap auns troy daripada US$3,402.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 37 lot berbanding 34 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 70 kontrak daripada 71 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berharga US$3,343.50 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25 Julai, 2025.

-- BERNAMA