BERITA TERKINI   Kes Zara Qairina adalah kes pertama didakwa guna Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan selepas pindaan undang-undang diwartakan Julai lepas - Saifuddin Nasution | Kes Pamela Ling: Polis rakam keterangan 48 saksi termasuk empat pegawai SPRM, kertas siasatan sedang dilengkapkan - Saifuddin Nasution | Dewan Rakyat: Sebanyak 71 laluan haram untuk aktiviti penyeludupan dikesan sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan - Saifuddin Nasution | Mengatasi isu pembaziran Air Tidak Terhasil (NRW) antara keutamaan kerajaan dalam RMK13 - PM Anwar | Bekalan air dan tenaga mencukupi jadi antara tarikan utama pelaburan semikonduktur, pusat data, AI ke Malaysia - PM Anwar | 

Bank Islam Terbit Tranche Kesembilan Sukuk Kanan Murabahah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) telah berjaya menerbitkan RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah di bawah Program Sukuk Murabahah RM10.0 bilionnya pada 25 Julai.

Terbitan itu menandakan tranche kesembilan di bawah Program Sukuk Murabahah RM10 bilion bank tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Islam berkata sukuk itu telah menerima maklum balas memberangsangkan daripada pelabur dengan nisbah bidaan tertinggi kepada terbitan sebanyak tiga kali ganda.

Menurut Bank Islam, Sukuk Kanan Murabahah menerima penarafan AA3/stabil oleh RAM Ratings Services Bhd dan menetapkan kadar keuntungan kompetitif 3.85 peratus setahun bagi tempoh tujuh tahun.

“Keuntungan akan digunakan untuk membiayai aktiviti perbankan Bank Islam, keperluan modal kerja dan tujuan korporat lain. Penggunaan dana juga adalah patuh syariah,” katanya.

Bank Islam merupakan penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan penasihat syariah kepada Program Sukuk Murabahah.

-- BERNAMA