BERITA TERKINI   Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 turun 4.0 mata kepada 1,528.0, Ogos 2025 susut 4.5 mata kepada 1,524.0, September 2025 jatuh 3.5 mata kepada 1,506.0, dan Disember 2025 berkurangan 5.0 mata kepada 1,505.50.

Jumlah dagangan melonjak kepada 76,300 lot daripada 47,497 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 120,115 kontrak daripada 86,419 sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.56 mata, atau 0.36 peratus, untuk ditutup kepada 1,523.82 daripada paras penutup 1,529.38 pada Isnin.

-- BERNAMA