Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 susut 0.5 mata kepada 1,527.50. Kontrak Ogos 2025 dan September 2025 turun 1.0 mata, masing-masing ditutup kepada 1,523.0 dan 1,505.0, manakala kontrak Disember 2025 berkurangan 3.5 mata kepada 1,504.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 16,709 lot daripada 76,300 pada Selasa, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 54,426 kontrak daripada 120,115  sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.68 mata, atau 0.05 peratus, untuk ditutup kepada 1,524.50 daripada paras penutup 1,523.82 pada Selasa.

-- BERNAMA