BERITA TERKINI   Kerajaan tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam hadapi isu rasuah, tidak kira kawan atau lawan - PM Anwar | Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS bagi Julai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 meningkat kepada US$3,332.70 setiap auns troy daripada US$3,326.40 pada Selasa, Ogos 2025 naik kepada US$3,350.70 setiap auns troy  daripada US$3,344.40 dan September 2025 menokok kepada US$3,356.60 setiap auns troy daripada US$3,350.30.

Kontrak Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 juga ditutup tinggi pada US$3,386.70 setiap auns troy daripada US$3,380.40 pada Selasa.

Jumlah dagangan berkurangan kepada tujuh lot daripada 68 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 37 kontrak daripada 105 sebelumnya.

Emas fizikal berharga pada US$3,316.50 setiap auns troy berdasarkan penetapan di London Bullion Market Association pada 29 Julai 2025.

-- BERNAMA