BERITA TERKINI   Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | ASEAN teliti pendekatan baharu perkukuh pelaksanaan 5PC bagi krisis di Myanmar - Mohamad Hasan | Sehingga 18 Jun lepas, pembiayaan lebih RM700 juta telah diluluskan kepada lebih 1,000 PKS - Akmal Nasrullah | Jumlah tenaga buruh meningkat 17.33 juta orang setakat April 2026, kehilangan pekerjaan turun 6,197 orang setakat 22 Jun - Akmal Nasrullah | 

Untung Bersih YTL Hospitality REIT Bagi Tahun Kewangan 2025 Susut Kepada RM148.56 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- YTL Hospitality Real Estate Investment Trust (YTL Hospitality REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM148.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM178.0 juta yang dicatatkan setahun sebelum itu.

Hasil juga merosot kepada RM548.30 juta daripada RM554.90 juta sebelumnya.

Bagi suku keempat, keuntungan bersih YTL Hospitality menurun kepada RM56.24 juta daripada RM75.97 juta pada suku yang sama tahun lepas, manakala hasil juga merosot kepada RM127.02 juta daripada RM130.18 juta.

YTL Hospitality REIT mengaitkan penurunan keuntungan bersih pada suku keempat itu akibat pengurangan keuntungan nilai saksama bersih serta kerugian terjemahan mata wang asing belum direalisasi.

Dividen yang diisytiharkan bagi tahun kewangan 2025 adalah sebanyak 4.84 sen sesaham dan akan dibayar pada 29 Ogos, 2025.

Mengenai prospek, syarikat itu menjangkakan sektor hospitaliti akan mengekalkan pertumbuhan yang berdaya tahan di rantau kumpulan  itu beroperasi, didorong oleh permintaan yang berterusan.

“Kumpulan secara aktif menguruskan portfolio perniagaan dan membuat keputusan strategik untuk melindungi pertumbuhan jangka panjang, di samping memastikan penciptaan nilai yang mampan untuk pemegang unit,” katanya.

-- BERNAMA