BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turun 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga turut terjejas oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terkini.

“Institut Pengurusan Bekalan (ISM) melaporkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan AS menurun kepada 48.0 pada Julai daripada 49.0 pada Jun disebabkan tarif yang telah meningkatkan harga import bahan mentah,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata laporan pekerjaan yang dipantau rapi oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada bulan lalu berikutan pekerjaan isi rumah yang menurun.

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah, kata beliau.

“Harga minyak meningkat sedikit dan mengurangkan penurunan awal apabila peniaga menjangkakan pasaran akan dapat menyerap satu lagi peningkatan besar dalam pengeluaran oleh OPEC+ pada September.

"Kebimbangan mengenai gangguan ke atas penghantaran minyak Rusia ke pengimport utama India, turut memberikan sokongan,” katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menurun enam sen kepada 709 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut dua sen kepada 565 sen sekilogram.

-- BERNAMA