BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Gentari Bekal Tenaga Boleh Baharu Kepada Amazon Di India

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Gentari Sdn Bhd menerusi Gentari Renewables Sdn Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Amazon Web Services (AWS) bagi membekal tenaga boleh baharu (TBB) daripada projek tenaga angin denga kapasiti 80-megawatt (MW) di Tamil Nadu, India. 

Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia penyelesaian tenaga bersih itu berkata perjanjian itu menandakan langkah pengukuhan dalam mencapai cita-cita untuk menyediakan projek  TBB berskala utiliti yang baharu dan menjimatkan kos.

"Projek ini dijangka beroperasi pada pertengahan 2027, dan menjana sehingga kira-kira 300,000 megawatt-jam (MWh) TBB setiap tahun.

“Menerusi pembekalan TBB ini, Gentari memajukan visi mereka untuk mengaplikasikan tenaga bersih sambil menyokong sasaran AWS mencapai karbon sifar bersih menjelang 2040,” kata kenyataan itu.

 Gentari berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen bersama dalam memajukan penyelesaian tenaga yang lebih praktikal, boleh skala dan bersih - penting untuk peralihan Asia dan dunia ke arah masa depan rendah karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif Sushil Purohit berkata menerusi projek ini syarikat bukan sahaja menambah kapasiti TBB tetapi juga menangani keperluan tenaga sebenar di kawasan yang paling memerlukan.

“Bersama AWS, kami komited untuk memberikan impak nyata dengan tindakan serta membantu mempercepatkan peralihan ekosistem tenaga secara menyeluruh ," katanya.

-- BERNAMA