BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | PRK Lamag: Sebanyak 89.89 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | Maybank memperuntukkan RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memodenkan dan memantapkan teknologinya - Presiden Kumpulan Khairussaleh Ramli | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 naik 3.5 mata kepada 1,543.0, September 2025 menokok 5.0 mata kepada 1,524.0, Disember 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,524.50, manakala Mac 2026 kekal tidak berubah pada 1,507.0.

Jumlah dagangan susut kepada  5,351 lot daripada 5,756 pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 42,730 daripada 42,660 kontrak sebelum itu.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 2.84 mata atau 0.19 peratus untuk ditutup pada 1,541.48 daripada 1,538.64 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA