BERITA TERKINI   Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | 

Saham MUIB Digantung Esok Menjelang Pengumuman Penting

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Transaksi dagangan saham Malayan United Industries Bhd (MUIB) akan digantung pada jam 9 pagi hingga 5 petang esok sementara menunggu pengumuman penting syarikat itu.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, MUIB berkata Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permohonan syarikat bagi tujuan penggantungan itu.

“Permohonan penggantungan itu dibuat mengikut subperenggan 3.1 (a) Nota Amalan 2 Mengenai Permintaan Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities,” katanya.

MUIB merupakan sebuah konglomerat dengan perniagaan terasnya merangkumi peruncitan, perhotelan, makanan dan manisan serta pembangunan hartanah.

Harga sahamnya ditutup naik enam sen dalam dagangan hari ini dengan sejumlah 1.86 juta unit saham berpindah tangan.

-- BERNAMA