BERITA TERKINI   Op Daya: SPRM kesan 1,638 syarikat seleweng dana kerajaan RM45 juta - KP SPRM | Op Daya: 97 ditahan seleweng dana kerajaan RM9 juta, 63 kertas siasatan dibuka - KP SPRM | Kontrak Ketua Jurulatih Bawah-23 Harimau Malaya Nafuzi Zain ditamatkan atas persetujuan bersama - FAM  | Kontrak Ketua Jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski dan CEO Rob Friend ditamatkan atas persetujuan bersama - FAM | STPM 2025: Seramai 1,366 calon dapat PNGK 4.0, 50 orang dapat 5A - MPM | 

Annum Bakal Dinyahsenarai Daripada Bursa Securities Pada 12 Ogos

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Annum Bhd (Annum) akan dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) pada 12 Ogos 2025, selepas rayuannya ditolak bagi mendapatkan lebih masa untuk mengemukakan pelan penyusunan semula.

Dalam dua makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, Annum berkata Bursa Securities telah menolak permohonannya untuk lanjutan enam bulan bagi mengemukakan pelan itu dan memutuskan untuk meneruskan penyahsenaraian tersebut.

“Dalam keadaan itu, saham syarikat akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Securities pada 12 Ogos 2025, dua hari pasaran dari tarikh notis itu,” katanya, memetik sepucuk surat daripada Bursa Malaysia.

Katanya, selepas penyahsenaraian itu, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga atau diniagakan di Bursa Securities.

“Kepentingan dan hak pemegang saham akan kekal terpelihara mengikut Akta Syarikat 2016,” tambahnya.

Annum juga berkata syarikat akan terus beroperasi sebagai entiti tidak tersenarai berikutan penyahsenaraian tersebut.

-- BERNAMA