BERITA TERKINI   MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | Hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dijangka melebihi RM100 bilion dengan pengeluaran minyak sawit mentah menghampiri 20 juta tan - Noraini Ahmad | Skandal rasuah libatkan ATM, MINDEF berskala besar, akan bertemu Menteri Pertahanan dalam masa terdekat - Azam Baki | Jangan korbankan integriti kerana kejar jawatan, kuasa dan kekayaan - Sultan Nazrin | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran tunai.

Pada penutupan, Ogos 2025 meningkat 5.0 mata kepada 1,556.0, manakala September 2025 dan Disember 2025 masing-masing menokok 4.5 mata kepada 1,535.0 dan Mac 2026 menambah 4.0 mata kepada 1,520.5.

Jumlah dagangan susut kepada 4,463 lot daripada 5,477 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,137 kontrak daripada 42,927 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.87 mata atau 0.51 peratus untuk ditutup pada 1,556.98 daripada 1,549.11 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA