Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Unjuran Pengeluaran Lembap
Oleh K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, melantun dari kerugian sebelumnya berikutan jangkaan kadar pengeluaran yang lebih lembap pada minggu-minggu akan datang.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata walaupun pasaran berada dalam tempoh pengeluaran yang produktif secara bermusim, yang biasanya memberikan tekanan ke atas harga, peniaga menjangkakan kadar pengeluaran di hadapan adalah agak lemah, ini seterusnya memberikan sokongan kepada pasaran. Bagaimanapun, keuntungan tersebut telah dihadkan oleh kejatuhan dalam pasaran minyak kacang soya.
“Kami melihat harga MSM disokong pada paras RM4,200 satu tan, dengan rintangan pada RM4,320 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak Ogos meningkat sebanyak RM12 kepada RM4,214 satu tan, September 2025 naik RM12 kepada RM4,234 dan Oktober 2025 menambah RM15 kepada RM4,255. November 2025 menokok RM17 kepada RM4,274 satu tan, Disember 2025 melonjak RM14 kepada RM4,284 dan Januari 2026 untung RM9 kepada RM4,289.
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan kepada 916,40 lot berbanding 54,424 yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 311,976 kontrak daripada 227,566 kontrak.
Harga CPO fizikal untuk Ogos Selatan meingkat sebanyak RM20 kepada RM4,250 satu tan.
-- BERNAMA