BERITA TERKINI   Kerajaan pastikan agihan adil kepada negeri untuk pembangunan dan kesalinghubungan digital - PM Anwar | Kerajaan MADANI ambil pendekatan adakan libat urus dengan kerajaan negeri bagi tentukan keutamaan projek pembangunan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan penurunan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data indeks harga pengguna (IHP) AS bulan Julai yang dijadualkan esok.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 jatuh kepada US$3,366.5 setiap auns troy daripada US$3,415.8 pada penutup Jumaat dan kontrak September 2025 menurun kepada US$3,372.2 setiap auns troy daripada US$3,421.5.

Kontrak Oktober 2025 turut susut sedikit kepada US$3,402.2 setiap auns troy daripada US$3,451.5 sebelumnya dan November 2025 rendah kepada US$3,419.6 setiap auns troy daripada US$3,468.9 sebelum ini.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 masing-masing ditutup rendah kepada US$3,439.1 setiap auns troy daripada US$3,488.4 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan meningkat kepada 28 lot daripada 24 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 56 kontrak daripada 52 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$3,394.15 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 8 Ogos.

-- BERNAMA