BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | STR Fasa 1 tahun 2026 disalurkan mulai 20 Jan, beri manfaat kepada lima juta penerima - PMO | Kadar perbelanjaan bantuan SARA capai 100 peratus tahun lepas, bukti keberkesanan kepada rakyat - PMO | Pelaksanaan bantuan, subsidi bersasar bantu sokong kuasa beli golongan memerlukan - PMO | Kadar pengangguran negara mencatat 2.9 peratus, terendah dalam tempoh 11 tahun - PMO | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada awal dagangan hari ini.

Setakat 9.52 pagi ini, kontrak bulan semasa Ogos 2025 naik 7.5 mata kepada 1,576.0, kontrak September 2025 dan Disember 2025 masing-masing menokok 8.5 mata kepada 1,556.50 manakala kontrak Mac 2026 naik 4.5 mata kepada 1,536.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,587 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,406 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 4.32 mata kepada 1,567.56 selepas 57 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,563.24 di akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA