BERITA TERKINI   Liga Super: DPMM 0-5 Terengganu | Pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri jangan abaikan kepentingan peniaga kecil terutamanya penjaja Melayu - PM Anwar | Khazanah akan terus komited menyokong ekosistem keusahawanan dan modal teroka negara | Khazanah Nasional Berhad sambut baik dapatan serta cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung pelaburannya sebelum ini dalam FashionValet | 

SAMENTA, TalentCorp Bekerjsama Tangani Jurang Bakat PKS Melalui Program Praktikal

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) dan Talent Corporation Malaysia Berhas (TalentCorp) telah memeterai memorandum pemahaman untuk meningkatkan kebolehpasaran serta sokongan pembangunan bakat dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Persatuan itu memberitahu melalui perkongsian itu, TalentCorp telah memperuntukkan RM2 juta kepada ahli-ahli SAMENTA di bawah program geran padanan latihan industri berstruktur yang dipanggil LIKES.

"Bagi SAMENTA, peruntukan RM2 juta daripada TalentCorp ini akan dipadankan oleh syarikat yang mengambil bahagian, menghasilkan sekurang-kurangnya RM4 juta jumlah elaun yang diperuntukan untuk tujuan latihan industri. Rangka kerja ini dibina di atas latihan praktikal berstruktur yang memberikan pengalaman industri yang nyata, secara langsung, memastikan mereka lebih bersedia untuk tenaga kerja," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Kerjasama selama dua tahun ini menyasarkan untuk memanfaatkan rangkaian luas SAMENTA bagi meningkatkan jumlah penempatan latihan industri berstruktur, dengan sasaran minimum 1,500 peluang latihan industri di PKS dalam tempoh tersebut.

Presiden kebangsaannya, Datuk William Ng, berkata peruntukan RM2 juta khusus untuk anggota SAMENTA  adalah pengubah keadaan, membuat latihan berstruktur, latihan praktikal berbayar bukan sahaja mungkin tetapi merupakan strategi pertumbuhan yang berpatutan. "Inisiatif ini membolehkan ahli-ahli kami menyuntik idea-idea baharu ke dalam operasi mereka, menilai pekerja masa depan yang berpotensi dan memainkan peranan aktif dalam membentuk generasi profesional Malaysia. Pada masa yang sama, ia dapat membina kapasiti selain memastikan PKS kekal berdaya saing,” kata beliau.

-- BERNAMA