BERITA TERKINI   Kerjasama pasaran animasi tempatan dengan negara ASEAN diperkukuh, perluas jaringan penyebaran harta intelek (IP) industri kreatif Malaysia - Fahmi | MyCreative Ventures anjur program Riuh Merdeka 2025, 30 & 31 Ogos ini, dan Riuh X ASEAN , 17-26 Okt ini - Fahmi | Kes anak Rafizi diserang: Enam individu telah diambil keterangan setakat ini - Ketua Polis Selangor | Polis perketat kawalan terhadap Rafizi dan keluarga susulan serangan ke atas anaknya semalam - Ketua Polis Selangor | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP meningkat tiga peratus kepada RM38.92 bilion pada separuh pertama 2025, daripada RM37.90 bilion pada Separuh Pertama 2024 | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada awal dagangan hari ini.

Setakat 9.49 pagi ini, kontrak bulan semasa Ogos 2025 dan September 2025 menambah 11.0 mata masing-masing kepada 1,578.50 dan 1,559.50, Disember 2025 meningkat 11.5 mata kepada 1,562.50 dan Mac 2026 menambah 15.0 mata kepada 1,546.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,836 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,407 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 10.35 mata kepada 1,578.25 selepas 57 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,567.90 di akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA