BERITA TERKINI   Permodalan Nasional Bhd lantik Datuk Rizal Rickman Ramli sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan, berkuat kuasa 1 Julai 2026 | PM Anwar tiba di Cebu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 | Dasar sosial hanya bernilai apabila ia mampu mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik - TPM Ahmad Zahid | Dasar sosial bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi libatkan penjagaan, sokongan keluarga dan maruah hidup - TPM Ahmad Zahid | Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 garis 102 inisiatif dengan empat tumpuan iaitu pencegahan, pemerkasaan, promosi & perlindungan - TPM Ahmad Zahid | 

Pelaburan RM550 Juta Ferrotec China Di Johor Dijangka Jana Eksport Tahunan RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syarikat semikonduktor berteknologi tinggi dari China, Ferrotec bernilai RM550 juta di Pasir Gudang, Johor melalui Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd dijangka menjana nilai eksport tahunan sebanyak RM600 juta.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan mega ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pembuatan komponen berteknologi tinggi, malah mewujudkan 396 peluang pekerjaan baharu yang boleh dimanfaatkan rakyat tempatan.

“Pelaburan diluluskan Ferrotec Power Semiconductor kini bukan sekadar potensi, malah telah menjadi realiti.

“Ferrotec juga bekerjasama dengan 35 vendor tempatan dalam rantaian bekalan mereka, melonjakkan ekosistem perusahaan kecil dan sederhana tempatan kita,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Tengku Zafrul berkata ini adalah bukti bahawa setiap usaha kerajaan MADANI adalah permulaan kepada pelaburan yang bakal mengubah landskap ekonomi dan teknologi negara.

-- BERNAMA