BERITA TERKINI   MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | Hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dijangka melebihi RM100 bilion dengan pengeluaran minyak sawit mentah menghampiri 20 juta tan - Noraini Ahmad | Skandal rasuah libatkan ATM, MINDEF berskala besar, akan bertemu Menteri Pertahanan dalam masa terdekat - Azam Baki | Jangan korbankan integriti kerana kejar jawatan, kuasa dan kekayaan - Sultan Nazrin | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 turun 10.0 mata kepada 1,585.0, September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,564.50, Disember 2025 berkurangan 15.0 mata kepada 1,564.0 manakala Mac 2026 merosot 11.50 mata kepada 1,548.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10,682 lot daripada 10,191 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 49,153 kontrak daripada 48,018 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 5.55 mata, atau 0.35 peratus, untuk ditutup kepada 1,581.05, daripada paras 1,586.60 pada Rabu.

-- BERNAMA