Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.
Pada 9.25 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 naik 10.0 mata kepada 1,593.0, September 2025 meningkat 8.50 mata kepada 1,571.50, Disember 2025 dan Mac 2026 menambah 7.0 mata masing-masing kepada 1,570.50 dan 1,553.5.
Jumlah dagangan sebanyak 977 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,593 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 3.63 mata kepada 1,588.59 selepas 25 minit dagangan daripada 1,584.96 semalam.
-- BERNAMA