BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki isyarat positif daripada rundingan Amerika Syarikat (AS)-Ukraine, yang mengehadkan potensi kenaikan emas seterusnya. 

Menurut laporan perbincangan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mendorong Presiden AS itu mula mengatur rundingan antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Zelenskyy.

Sementara itu, pemain pasaran turut menunggu minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang akan dikeluarkan pada 21 Ogos, serta ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell di Simposium Jackson Hole pada 22 Ogos. 

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 susut kepada US$3,337.40 setiap auns troy daripada US$3,348.50 pada Isnin. 

Kontrak September 2025 berkurang kepada US$3,342.80 setiap auns troy daripada US$3,353.90 semalam, Oktober 2025 merosot kepada US$3,372.20 setiap auns troy daripada US$3,383.30 sebelumnya, dan November 2025 turun kepada US$3,3890 setiap auns troy daripada US$3,400.10.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$3,408.60 setiap auns troy berbanding US$3,419.70 pada Isnin. 

Jumlah dagangan merosot kepada tiga lot daripada 11 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 38 kontrak daripada 45 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal berada pada US$3,332.40 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 18 Ogos. 

-- BERNAMA