BERITA TERKINI   Liga Super: DPMM 0-5 Terengganu | Pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri jangan abaikan kepentingan peniaga kecil terutamanya penjaja Melayu - PM Anwar | Khazanah akan terus komited menyokong ekosistem keusahawanan dan modal teroka negara | Khazanah Nasional Berhad sambut baik dapatan serta cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung pelaburannya sebelum ini dalam FashionValet | Perjanjian penyelesaian itu menyelesaikan semua tuntutan sedia ada dan yang berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi masa hadapan berkaitan 1MDB - MoF | 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.41 mata kepada 1,592.62 daripada 1,588.21 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.71 mata kepada 1,591.92 dan bergerak antara 1,590.31 dan 1,596.02 pada sesi dagangan pagi.

Pasaran secara menyeluruh, bagaimanapun, negatif dengan 457 kaunter rugi mengatasi 420 kaunter untung manakala 429 kaunter tidak berubah, 1,288 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.54 bilion unit bernilai RM1.31 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ‘pendekatan pembelian’ baru-baru ini oleh institusi tempatan telah menyokong pasaran, justeru menjangka indeks akan berada dalam julat 1,585 hingga 1,595 mata hari ini.

“Wall Street semalaman ditutup bercampur-campur berikutan peniaga terus mengambil untung daripada saham teknologi disebabkan bimbang mengenai penilaian yang masih tinggi.

“Sentimen juga mungkin terjejas oleh kenyataan daripada Rizab Persekutuan AS bahawa penurunan kadar faedah mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat disebabkan tekanan inflasi yang meningkat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM9.80, CIMB menambah 10 sen kepada RM7.46, Nestle naik 50 sen kepada RM89.50 dan Petronas Chemicals melonjak 52 sen kepada RM4.70.

Bagi kaunter paling aktif, Green Packet naik setengah sen kepada 4.5 sen, Tanco menambah satu sen kepada 74 sen manakala Borneo Oil mendatar pada setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.74 mata kepada 11,803.57, Indeks FBMT 100 menambah 18.97 mata kepada 11,587.27 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 12.25 mata kepada 11,711.59.

Indeks FBM Mid 70 merosot 30.74 mata kepada 16,572.72 dan Indeks FBM ACE berkurangan 0.88 mata kepada 4,695.04.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 51.22 mata kepada 18,216.36, Indeks Perladangan meningkat 12.37 mata kepada 7,604.97 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 2.26 mata kepada 162.99.

Indeks Tenaga merosot 1.46 mata kepada 748.76.

-- BERNAMA