BERITA TERKINI   Khazanah akan terus komited menyokong ekosistem keusahawanan dan modal teroka negara | Khazanah Nasional Berhad sambut baik dapatan serta cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung pelaburannya sebelum ini dalam FashionValet | Perjanjian penyelesaian itu menyelesaikan semua tuntutan sedia ada dan yang berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi masa hadapan berkaitan 1MDB - MoF | Setiap pihak juga akan menarik balik semua rayuan yang belum selesai berkaitan dengan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 1MDB terhadap J.P. Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - MoF | Di bawah penyelesaian dengan kerajaan Malaysia, JPMorganChase akan, tanpa penerimaan liabiliti, menyumbang RM1.4 bilion (US$330 juta) kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia - MoF | 

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122 Bilion Pada 15 Ogos

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding US$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (US$108.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM605.67 bilion, meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM515.65 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.61 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.78 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion), dan aset lain (RM41.55 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti berjumlah RM605.67 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM194.59 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.21 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM116.90 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.16 bilion), deposit-deposit lain (RM75.34 bilion), kertas Bank Negara (RM10.10 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.47 bilion).

-- BERNAMA