Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh prestasi lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran dijejaskan oleh ketidaktentuan mengenai keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang masih berterusan.
“Kesatuan Eropah akan berusaha memastikan tarif AS yang lebih rendah ke atas eksport kereta mereka dilaksanakan secara retroaktif bermula 1 Ogos 2025,” kata pesuruhjaya perdagangannya pada Khamis memandangkan rakan rentas Atlantik itu menetapkan butiran perjanjian perdagangan rangka kerja yang dimeterai pada Julai.
“Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS berkata ketidaktentuan terhadap kesan inflasi berikutan tarif perdagangan Presiden AS Donald Trump adalah faktor ketidaktentuan terbesar yang dihadapi Fed dalam usaha menurunkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 berkurangan sebanyak 8.0 sen kepada 726.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 1.0 sen kepada 567.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA