BERITA TERKINI   Liga Super: Melaka 0-0 Selangor | Liga Super: Sabah 1-1 Negeri Sembilan | Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas Iran dan serangan balas terhadap beberapa negara di Timur Tengah - Kementerian Luar | Kes tembak Komander AKPS: KDN siasat pelbagai sudut termasuk kebarangkalian wujud elemen jenayah terancang, motif dendam - Saifuddin Nasution | 

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM24.40 bilion berbanding RM24.90 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam meningkat kepada RM21.60 bilion daripada RM17.95 bilion.

Sebelum itu, bank pusat tersebut telah menjalankan tiga tender repo berbalik selain mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli dan kemudahan komoditi Murabahah bercagar dengan kematangan satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

BNM juga menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM21.6 bilion daripada RM17.8 bilion. 

Pada 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM24.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah berjumlah RM21.60 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 2.75 peratus setakat 21 Ogos 2025. 

-- BERNAMA