BERITA TERKINI   Banjir di Sabah pulih sepenuhnya, pusat pemindahan terakhir di Beaufort ditutup 4 petang ini - JPBN | Inisiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta, mangsa terlibat meningkat 10 orang termasuk seorang maut- Ketua Polis KL | Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara - Ketua Polis KL | Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | 

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) --  Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM24.90 bilion dalam pasaran konvensional dan RM17.95 bilion dalam dana Islam.  

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 94 hari. 

Sementara itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.5 bilion dan RM17.8.3 bilion dalam tender semalaman Murabahah. 

-- BERNAMA