Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 meningkat 10 mata kepada 1,604, September 2025 dan Disember 2025 menambah 10.5 mata masing-masing kepada 1,582.5 dan 1,582.5, manakala Mac 2026 naik 6.5 mata kepada 1,564.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,050 lot daripada 6,421 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 45,470 kontrak daripada 45,312 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.60 mata, atau 0.29 peratus, untuk ditutup kepada 1,597.47, daripada paras 1,592.87 pada Khamis.

-- BERNAMA