BERITA TERKINI   Kesan pelaksanaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel membolehkan kerajaan mempunyai ruang fiskal lebih luas biayai program kebajikan rakyat - Amir Hamzah | Kerajaan dalam fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dengan semua pihak berkepentingan - Amir Hamzah | Sultan Brunei berangkat tiba di Subang untuk Lawatan Negara empat hari ke Malaysia | Polis rampas dadah bernilai RM2.6 juta di Johor, sindiket pengedaran tumpas - KP Johor | Keuntungan bersih suku kedua 2025 Petronas Gas Bhd susut kepada RM450.19 juta berikutan hasil rendah sebanyak RM1.59 bilion berbanding RM1.65 bilion tahun lalu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin.

Pada 9.36 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 meningkat 11 mata kepada 1,615.0, September 2025 naik 10 mata kepada 1,592.5, Disember 2025 menambah 10.5 mata kepada 1,593.0 dan Mac 2026 menokok 15 mata kepada 1,579.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,501 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,887 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 8.10 mata kepada 1,605.57 selepas 40 minit dagangan daripada 1,597.47 semasa ditutup minggu lepas.

-- BERNAMA