BERITA TERKINI   MB Johor nafi desas-desus pembubaran DUN berlaku hari ini | Wartawan perlu dibenarkan bekerja secara profesional dengan pendekatan lebih berhemah oleh pihak berkuasa - Teo Nie Ching | Pihak berkuasa harus mengutamakan dialog berbanding penahanan dan menyelesaikan pertikaian melalui Majlis Media Malaysia untuk menambah baik perundangan kewartawanan -Teo Nie Ching | Forum Media HAWANA penting, memberi ruang untuk mencorakkan masa depan kewartawanan - Teo Nie Ching | Tabung Kasih@HAWANA beri manfaat kepada 728 pengamal media, jumlah sumbangan sebanyak RM1.94 juta setakat 30 April 2026 - Teo Nie Ching | 

Bursa Malaysia Tutup Pada Cuti Gantian Hari Kebangsaan, Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd termasuk anak syarikatnya akan ditutup pada 1 dan 5 September tahun ini berikutan penggantian cuti umum untuk Hari Kebangsaan, yang jatuh pada Ahad (31 Ogos) serta  Maulidur Rasul menjelang Jumaat minggu depan.

Bursa akan kembali beroperasi pada 2 Sept dan 8 Sept ke atas, katanya melalui satu kenyataan hari ini 

Ia juga akan ditutup pada 15 September depan, yang merupakan cuti umum tambahan bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 Sept. 

 Ia akan meneruskan operasi pada 17 Sept. 

 Bursa Malaysia berkata pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila' akan terus dibuka untuk dagangan walaupun semasa cuti umum.

-- BERNAMA