BERITA TERKINI   Kerajaan minta beri ruang untuk teliti impak keputusan mahkamah agung AS, elak jejas perdagangan dua hala Malaysia-AS bernilai RM367.5 bilion - PM Anwar | Tarif AS: Kerajaan tidak akan mengambil keputusan gopoh yang mungkin menjejaskan kepentingan perdagangan Malaysia - PM Anwar | Keputusan Mahkamah Agung AS: Kesan sementara bagi Malaysia adalah baik kerana tarif turun kepada 15 peratus daripada 19 peratus, ia adalah isu sedang dibincangkan dan akan dipantau - PM Anwar | RUU Tadbir Urus AI dalam peringkat awal penggubalan, akan diikuti libat urus dengan pihak berkepentingan - PM Anwar | Perhatian khusus akan diberi terhadap isu etika penggunaan dalam penggubalan RUU Tadbir Urus AI - PM Anwar | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Tinggi Susulan Kelemahan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin susulan kelemahan dolar Amerika Syarikat.

Pada penutupan, Ogos 2025 meningkat kepada US$3,364.0 bagi setiap auns troy daripada US$3,327.30 pada Jumaat minggu lepas.

September 2025 naik kepada US$3,369.40 setiap auns troy daripada US$3,332.70; Oktober 2025 menokok kepada US$3,398.90 daripada US$3,362.20 dan November 2025 menambah kepada US$3,415.70 setiap auns troy daripada US$3,379.00.

Sementara itu, Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 masing-masing meningkat kepada US$3,436.10 setiap auns troy daripada US$3,399.40 pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan berkurangan kepada lima lot daripada 17 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 38 kontrak daripada 56 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,334.25 setiap auns troy berdasarkan penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 22 Ogos.

-- BERNAMA